IKHLAS DAN AMANAH

[10H7M] Turkiye + Mt Erciyes (Emirates)

Discover amazing packages, from day trips to dream vacations.

Embark on an exceptional 7-day 6-night expedition that will bring us on a memorable journey across the breathtaking landscapes and rich culture of Iceland, popularly known as ‘The Land of Ice & Fire.’ Along its world-famous Ring Road, we will embark on an incredible adventure in which we will discover the undiscovered treasures of this breathtaking land.

Our journey will take us to the exciting city of Reykjavik, the captivating Diamond Circle, the world-famous Golden Circle, and fascinating wonders such as Skógafoss and Seljalandfoss, the reflection mountain of Reynisfjara’s black sand beaches, the ethereal Jökulsárlón glacier lagoon, and numerous other breathtaking sights that will fill our days with sheer awe and amazement.

Visit the famous Blue Lagoon in Iceland, a geothermal sanctuary perfect for unwinding and rejuvenation. If we’re at the right place at the right time, we might be able to see the mesmerising Northern Lights in the night sky.

Join our Icelandic excursion and learn about the wonders of the country. Iceland awaits you!

3 FEB 2025 ALL IN FULLBOARD
Dewasa Warga Emas Kanak-Kanak
RM 5,690 RM 5,640 RM 5,490

Hari 1: KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1)

Hari 2: ISTANBUL - BURSA

  • Menaiki penerbangan ke Istanbul melalui Dubai.
  • Setibanya di Istanbul, bertolak menuju ke Bursa.

Lawatan di Bursa:

  • Green Mosque: Masjid ini dibina pada awal abad ke-15 semasa pemerintahan Sultan Mehmed I, yang merupakan penguasa empayar Uthmaniyah pada masa itu.
  • Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah dibina pada tahun 1421.
  • Silk Bazaar Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
  • Daftar masuk hotel. Bermalam di Bursa.

Hari 3: BURSA - PAMUKKALE

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. 
  • Bertolak ke Pamukkale. 

Lawatan ke: 

  • Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2. Antara bangunan yang masih utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo, dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal hingga kini. 
  • Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini. Peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini. 
  • Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet. 
  • Daftar masuk hotel. Bermalam di Pamukkale. 

Hari 4: PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. 
  • Bertolak ke Konya. 

Lawatan ke: 

  • Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah. 
  • Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun. 
  • Meneruskan perjalanan ke Cappadocia. 
  • Daftar masuk hotel. Bermalam di Cappadocia. 

Hari 5: CAPPADOCIA

Sarapan pagi di hotel. 

Lawatan di Cappadocia: 

  • Pigeon Valley: Berasal daripada jumlah besar burung merpati yang mendiami kawasan ini, menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan formasi batu kapur unik yang terbentuk oleh proses semulajadi selama beribu-ribu tahun. 
  • Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12. 
  • Carpet Factory: Dapat melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu. 
  • Melawat kilang pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery & Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store: Melihat proses pembuatan barangan tembikar tradisional dan membeli-belah barangan yang diperbuat daripada batu permata turquoise dan onyx. 
  • Lawatan ke Mt. Erciyes Ski Resort: Termasuk tiket cable car. Masa bebas bermain salji atau cuba belajar cara bermain ski (peralatan ski tidak termasuk dalam pakej). 

Pulang ke hotel. Bermalam di Cappadocia. 

Hari 6: CAPPADOCIA - ANKARA - BOLU

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Lawatan di Cappadocia: 

  • Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh. 

Bertolak ke Ankara. Lawatan ke: 

  • Lake Tuz: Merupakan tasik garam terbesar ke-2 di dunia yang mempunyai lanskap yang unik. 

Bertolak ke Bolu. Daftar masuk hotel. Bermalam di Bolu.

Hari 7: BOLU - ISTANBUL

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. 

Bertolak ke Istanbul. Lawatan ke: 

  • Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih. 
  • Bosphorus Cruise Tour, menawarkan pengalaman berlayar di Selat Bosphorus yang melintasi antara 2 benua yang memisahkan bahagian Eropah dan Asia Istanbul.Spice Bazaar, menjadi tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi. 

Daftar masuk hotel. Bermalam di Istanbul.

Hari 8: ISTANBUL

Sarapan pagi di hotel. Lawatan di Istanbul: 

  • Camlica Mosque: Masjid yang terbesar di Turkiye yang siap dibina pada tahun 2019 boleh menempatkan sehingga 63,000 jemaah dalam satu masa. 
  • Grand Bazaar: Masa bebas untuk membeli cenderamata, merupakan antara pasar yang terbesar dan tertua di dunia dibina bermula pada tahun 1455 dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai. 
  • Taksim Square: Merupakan salah satu mercu tanda di bandar Istanbul, dimana terdapat pusat budaya, monumen bersejarah, pelbagai kedai, butik dan kafe sepanjang laluan pejalan kaki. 

Bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Istanbul.

Hari 9: ISTANBUL - DUBAI

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Lawatan di Istanbul:

  • Blue Mosque: Ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar. 
  • Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine. 
  • Hagia Sophia: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula. 

Bertolak ke Lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai. 

Hari 10: DUBAI - KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1).

  1. penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 
  2. Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) termasuk cukai bandar. 
  3. Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.  
  4. Pengangkutan bot persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour. 
  5. Tiket masuk ke tempat lawatan: Underground City dan Ancient Hierapolis City. Tiket kereta kabel Mt. Erciyes Ski Resort dan Pierre Loti Hill. 
  6. Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa. 
  7. Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan. 
  8. Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran. 
  9. Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional. 
  10. Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi). 
  1. Tiket masuk ke Topkapi Palace Museum dan lain-lain tiket masuk lawatan yang tidak dinyatakan. 
  2. Harga lawatan tambahan (optional tour): 
    • Topkapi Palace Museum (Istanbul): USD20 seorang 
    • Hot Air Balloon (Cappadocia): USD300 seorang 
    • Jeep Safari (Cappadocia): USD100 seorang 
    • Turkish Night Show (Cappadocia): USD60 seorang 
  3. Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi  khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai. 
  4. Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan). 
  5. Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan. 
  6. Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara. 
  7. Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa. 
  8. Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.  
Wanted for more privacy and flexibility, ask our tour consultant about “Private Trip”