IKHLAS DAN AMANAH

[11H9M] Pakistan Beyond Beauty (Pakistan International Airlines)

Discover amazing packages, from day trips to dream vacations.

21 APRIL 2025 ALL IN FULLBOARD
Dewasa Warga Emas Kanak-Kanak
RM 7,990 RM 7,940 RM 7,990

Hari 1: KUALA LUMPUR - ISLAMABAD

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bagi penerbangan terus ke Islamabad, Pakistan.  

Hari 2: ISLAMABAD – SKARDU

Daftar keluar hotel sebelum menaiki penerbangan domestik menuju ke Skardu dimana lapangan terbang ini dikelilingi gunungganang dan hamparan gurun yang memukau. Lawatan di Skardu: Shangrila Resort & Upper Kachura Lake. Daftar masuk hotel di Skardu. 

Hari 3: SKARDU– SHIGAR – SKARDU

Sarfaranga Desert, Sigar Fort, dan Shigar Village perkampungan yang didiami oleh orang Baiti berketurunan Tibet terletak di Lembah Shigar dikellilingi oleh kawasan pergunungan serta Sungai Shigar. Bermalam di Skardu. 

Hari 4: SKARDU– HUNZA

Rakaposhi Viewpoint juga dikenali sebagai “Zero Point of Rakaposhimerupakan tempat untuk melihat Gunung Rakaposhi dari jarak yang dekat. The Old Silk Route merupakan laluan sepanjang 1300km bermula dari Hassan Abdal sehingga Khunjarab Pass melalui banjaran gunung Karakorum dan kawasan Himalaya. Membeli-belah di Karimabad Market yang terkenal dengan kraftangan tempatan rakyat Hunza. Daftar masuk hotel di Hunza.

Hari 5: ATTABAD – KHUNJERAB PASS –ATTABAD HUNZA– PASSU HUNZA

Altit Fort merupakan kubu purba yang berusia 900 tahun. Melawat Altit Old Village iaitu perkampungan kebudayaan di daerah Hunza. Berkunjung ke Hopper Glacier yang terletak di tengah Banjaran Karakoram yang luar biasa yang merupakan bukti keindahan kawasan utara Pakistan yang mengagumkan. Bermalam di Hunza.

Hari 6: ATTABAD – KHUNJERAB PASS –ATTABAD

Melawat salah satu destinasi wajib dikunjungi adalah Khunjerab Pass, satu laluan pergunungan di Banjaran Karakoram yang menghubungkan laluan perdagangan antara Pakistan dan China. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui perkampungan kecil yang indah seperti Khyber Village, Galapan, Moorkhun dan Gircha Village. Daftar masuk hotel di Attabad. 

Hari 7: ATTABAD – GILGIT

Lawatan di Gilgit: Menaiki bot di Lake Attabad. Melalui jambatan Hussaini suspension bridge yang dikenali sebagai jambatan gantung paling berbahaya di dunia. Meninjau salah satu pemandangan yang paling menakjubkan di Lebuhraya Karakorum iaitu Passu Connes. Daftar masuk dan bermalam di Gilgit. 

Hari 8, Hari 9: GILGIT – BESHAM

Melawat Junction of World, Menyelusuri Indus Riverside,salah satu sungai besar yang terkenal di dunia. Ia bermula tinggi di pergunungan Tibet dan dan mengalir melalui Ladakh sebelum memasuki Baltistan. Bermalam di Besham. 

Hari 10, Hari 11: ISLAMABAD

Lawatan di Islamabad: Melawat Pakistan Monument. Berkunjung ke Faisal Mosque merupakan masjid terbesar di Pakistan yang dibina pada tahun 1986. Tetamu diberi masa bebas sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad untuk pulang ke Kuala Lumpur. 

Hari 11: ISLAMABAD ISLAMABAD – KUALALUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). 

  1. Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi – 40kg seorang.  
  2. Tiket pernerbangan domestic kelas ekonomi serta elaun bagasi 20kg seorang.  
  3. Hotel penginapan bertaraf 3* & 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).  
  4. Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.  
  5. Tiket masuk ke tempat lawatan: Shangrila-Resort, Shigart Fort, Altit Fort, Khunjerab Pass dan Husaini Suspension Bridge.  
  6. Menaiki boat di Attabad Lake serta jeep di Skardu Cold Desert.  
  7. Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.  
  8. Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan.  
  9. Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.  
  10. Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.  
  11. Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi). 
  1. Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.  
  2. Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).  
  3. Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.  
  4. Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara. 
  5. Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.  
  6. Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk. 
Wanted for more privacy and flexibility, ask our tour consultant about “Private Trip”